Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

2 MP PKR Nak Masuk BN?

Tidak mustahil 2 orang Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang yang mengkritik hebat kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan keluar dari PKR dan menyertai Umno dan BN.

Ini kerana kritikan terbuka mereka sepatutnya dibincang di dalam mesyuarat bersama Majlis Pimpanan PR bukannya diselesaikan melalui media.


Saya dalam entri terdahulu sering mencadangkan kepada pimpinan PR supaya menyelesaikan semua isu secara dalaman bukannya melalui media musuh. Mengapa pimpinan begitu liat dan degil. Adakah untuk mencari publisiti.? Kalau demikian lebih baik jadi artis kalau setakat hendak mencari populariti.

Inilah masalahnya apabila seseorang ahli parti tidak berdisiplin, mudah disogok dan diugut. Yakni tiada integriti dan kekuatan diri akhirnya menyusahkan parti sendiri.

Sekali lagi saya cadangkan supaya semua parti tak kira PAS, DAP, PKR maupun Umno supaya mencari bakal-bakal calon yang beriman, berakhlaq baik, teguh pendirian, berintegriti dan sebagainya. Jangan meletakkan calon secara tangkap muat sahaja. Akhirnya calon ini menyusahkan parti, rakyat dan semua orang.

Berbalik kepada isu lompat parti, adalah tidak menghairankan 2 Wakil Rakyat ini akan melompat parti kerana mereka sebenarnya tiada agenda perjuangan dan mudah tertipu dengan stategi BN. Orang-orang seperti memang menjadi liabiliti kepada parti. Hari ini insaf besok belum tentu akan insaf..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan