Sejarah
Bagi seorang aktivis politik, tarikh adalah penting untuk diingati kerana ia menandakan peristiwa-peristiwa yang membangkitkan jiwa para pejuangnya untuk terus kekal berjuang. Tarikh paling utama ialah penubuhannya kerana ia mengingatkan pewarisnya mengingati pahit maung yang dilalui oleh sesebuah perjuangan politik sepanjang keberadaannya. Bagi mereka yang mempelajari sejarah tanahair tahun 1946 adalah tarikh yang mereka perlu hafal kerana tarikh itu adalah tarikh penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR.
4
April hingga 11 Mei 1946 adalah hari-hari yang telah membawa kepada
lahirnya parti Melayu yang menggabungkan 41 Pertubuhan Melayu seluruh
negara. Signifikan tarikh ini juga adalah kerana cetusan membantah
Malayan Union tajaan British oleh orang Melayu apabila Malayan Union
akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada British dan Raja Melayu
akan hilang kuasa politiknya. Orang Melayu bangkit dan penubuhan
PEKEMBAR (UMNO, Bahasa Inggeris), mengiringi kebangkitan itu.
Kebangkitan lebih awal

Lebih
awal dari itu tahun 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah Ibrahim
Yaakob telahpun meniupkan semangat kemerdekaan dari penjajah British,
bezanya ialah kemerdekaan yang dilaungkan ialah Melayu Raya yang
mencangkupi kebebasan Indonesia. Sebahagian sejarah kebangkitan
kemerdekaan yang lebih awal jarang sekali ditonjolkan kerana sebahagian
besar dari tokoh dan pemukanya adalah "tidak mesra British" manakala
sejarah UMNO memang dikenali sebagai lebih "mesra British"
UMNO terancam
Setelah
meletakkan dirinya sebagai mewakili orang Melayu menuntut kemerdekaan
dan diberi kepercayaan untuk memerintah kerajaan sejak PRU 1 pra Merdeka
(1959), kini kedudukannya tidaklah berapa selesa. Hasil kebangkitan
rakyat yang mahukan perubahan kepada sebuah kerajaan yang lebih Telus
dan Adil serta Bertanggungjawab, UMNO kini terancam untuk mengekalkan
rekod tanpa kalahnya dalam memerintah Kerajaan Persekutuan. Parti elit
Melayu ini berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh semua parti
politik yang terlalu lama memerintah iaitu mereka menjadi KORUP dengan
berlalunya masa dan kuasa yang mereka miliki.
Vitamin Palsu
Kerana
tidak ada pilihan untuk terus berkuasa, UMNO juga memperkakaskan semua
alat kerajaan untuk memastikan kelangsungan kuasanya. SPR adalah
perkakas terbaik untuk mereka terus berkuasa dalam konteks demokrasi
berpilihanraya. PDRM diperalatkan melalui ugutan dan penggunaan kuasa
yang melampau untuk menjaga "keselamatan" UMNO manakala MEDIA Perdana
adalah "penyapu buruk" untuk membersihkan wajah UMNO yang hodoh dengan
dengan skandal dan pertuduhan rasuah. Kehakiman pula "dijerut" dengan
pendengaran selektif. Pendek kata tanpa semua perkakasan ini sudah lama
UMNO ditolak rakyat, tapi mereka masih bertahan dengan
"vitamin-vitamin" ini, walaupun ia vitamin palsu yang akan menjerat
tuannya.
Peristiwa Hitam
UMNO ada episod
hitamnya dan ia tidak pernah berlaku kepada parti lain khususnya pesaing
utamanya Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tahukah kita UMNO pernah
diharamkan pada 4 Feb tahun 1988? Gara-gara perpecahan dalaman ahli
UMNO sendiri telah membawa ke Mahkamah kes penipuan dalam Mesyuarat
Agung UMNO sehingga UMNO dibubarkan dan dianggap sebagai pertubuhan
haram. Hasilnya lahirlah UMNO Baru pada 13 Feb 1988 yang kalau dikira
umurnya hari ini baru menjangkau 24 tahun berbanding dengan PEKEMBAR
(UMNO) awal yang umurnya 66 tahun.
Sambutan 11 Mei
11
Mei akan menyaksikan satu perhimpunan raksasa mengingati ulangtahun
UMNO ditubuhkan. Presidennya hari ini amat memerlukan satu kebangkitan
UMNO yang berhadapan dengan kemarahan rakyat terhadap salahguna kuasa
yang dipraktikkan. Isu Melayu akan senantiasa menjadi laungan keramat
UMNO kerana ia ditubuhkan di atas hasrat perjuangan Ketuanan Melayu.
Kita akan menjangkakan itulah sentimen yang akan dipakai dalam
ucapan-ucapannya untuk memperingati pejuang-pejuang UMNO tentang
perjalanan perjuangan UMNO.
UMNO terancam

Vitamin Palsu

Peristiwa Hitam

Sambutan 11 Mei

Kita
juga tidak boleh membayangkan betapa sukarnya Presidennya yang juga
Perdana Menteri Malaysia mahu membangkitkan satu perjuangan yang sudah
tidak relevan kepada rakya Malaysia? Ia bukan soal Melayu tetapi soal
regim lama yang sudah korup menghitung hari untuk diundurkan. Ia juga
bukan soal ketuanan Melayu, tetapi rasuah yang berleluasa dari parti
Melayu yang tidak punya pendirian moral lagi untuk bertahan. Apakah ini
ucapan terakhir kepada aktivis UMNO untuk mempertahankan satu
perjuangan yang sudah tidak terpakai lagi di negara yang mahukan
kerangka baru negara? Ataukah Najib mahu memperkenalkan sesuatu yang
baru supaya partinya boleh kekal berkuasa? Ataukah ia isyarat kepada
PRU begitu hampir?
Berapa umur UMNO?
Kita
tidak akan melihat apa-apa yang baru, yang baru hanyalah rakyat akan
terus ditipu dan dihidangkan dengan maklumat palsu bahawa negara ini
semuanya ok dan UMNO akan terus mengungguli perjuangan rakyat.
Bagaimana kita harus mempercayai ucapan pemimpin UMNO kalau umurnya pun
menjadi pertikaian, samada 66 tahunkah dia atau 24 tahun? Apapun
SELAMAT HARI JADI UMNO! - Merdeka Review
Berapa umur UMNO?

*Dr.Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan