PULAU PINANG mesti menjadi negeri paling demokratik serta menjunjung kebebasan hak termasuk dalam aspek kesusasteraan di negara ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata demikian malam tadi pada majlis Jamuan Malam Sempena Sambutan Hari Kelahiran Ke-70 Tahun Sasterawan Negara Prof Emeritus Mohammad Haji Salleh.
"Perlu diakui bahawa jika dibandingkan dengan zaman (Syed Sheikh) al-Hadi, mungkin kita boleh kata kegiatan penulisan, penerbitan dan susasteraan tidak sehebat dulu.
"Inilah Pulau Pinang yang sama-sama kita mahukan (iaitu) negeri yang demokratik dan mempertahan hak bersuara tak kira warna kaum, agama dan paling penting menjangkau (aspek) politik.
"Pulau Pinang mesti menjadi negeri paling bebas dan demokratik di rantau ini," ujar Guan Eng (kanan) di Dewan Tungku Dome, Komtar, George Town.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalu badan penyelidik Penang Institute meraikan Hari Kelahiran Ke-70 tahun Muhammad.
Turut berucap, Muhammad, Pak Goenawan Mohamad (sasterawan Indonesia merangkap pendiri akhbar Tempo), Zairil Khir Johari (Ketua Pengarah Eksekutif Penang Institute). Penulis lirik lagu terkenal, Awan Nano, "Budi Hikayat" atau nama sebenarnya Hasmi Hashim turut hadir pada majlis keraian itu.
Keraian itu disertai lebih 200 hadirin dari latar belakang politik, pegawai kerajaan, penggiat seni, pemimpin mesyarakat dan penulis blog.
"Sambutan Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh sepanjang seminggu ini (bermula Isnin lepas) adalah langkah awal Pulau Pinang untuk menghidupkan semula kegiatan seni-budaya, khususnya dalam bidang kesusasteraan di negeri ini," ujar Guan Eng.
Sumber - PenangInsight
Tiada ulasan:
Catat Ulasan