Pengikut

Ahad, 15 April 2012

"Bantah PTPTN ke KL Sentral 2 petang ini"


SOLIDARITI mahasiswa Malaysia mendesak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diteruskan ke KL Sentral dekat Kuala Lumpur selepas bermalam di Dataran Merdeka semalam.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang (kanan) berkata, dari enam khemah yang didirikan, di sini, bertambah sehingga 10 khemah.

"Dari enam khemah, tambah jadi 10 khemah. Kami (mahasiswa) yang bermalam di Dataran Merdeka sejak malam tadi selamat.

"(Pada) jam 2.00 petang itu, kami akan meneruskan (himpunan aman) #MansuhPTPTN di KLCC," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bahagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan dihalau oleh pihak berkuasa - sama ada Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau polis - bagi memberi laluan pada persiapan Konsert Diraja, di sini.

Petang semalm, lebih 2,000 mahasiswa mesra @MahasiswaMsia serta #MalaysiaBangkit menyertai perarakan aman Mansuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sekitar ibu negara sebagaimana yang dilaporankan
sebelum ini.

Sumber - PenangInsight

(Berita Himpunan PTPTN semalam di sini dan sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan