Pengikut

Rabu, 25 April 2012

P.Pinang kecoh sebelum rai Muhyiddin Yassin esok

TANPA kelulusan MPPP, pembangkang UMNO tetap mendirikan lebih 10 khemah di jalan utama dekat PISA.

TiNGGAL sehari persiapan Majlis Menyambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Bayan Baru, Pulau PInang esok menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang dan pemimpin Kerajaan Negeri saling bertikam lidah.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim mendakwa lebih 10 khemah yang didirikan di atas jalan utama berhampiran Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PiSA) adalah salah kerana tidak terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Disebabkan itu, Malek yang juga Adun Batu Maung menasihat beberapa pemuda Umno berkenaan supaya memohon untuk menggunakan Dewan PISA atau mana-mana padang di sekitar Bayan Baru bagi menjayakan keraian pusat sebagaimana dirujuk pada undang-undang.

"Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa (MPPP) adalah menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

"(Perbuatan pembangkang itu) menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan (khemah mega) di atas jalan raya.

"Mereka tidak patut enggan mematuhi peraturan majlis (MAPP), perbuatan mereka itu cukup angkuh," ujarnya kepada PenangInsight.com tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan Sim Tze Tzin (ADUN Padang Jerejak) turut menasihat beberapa pemimpin Umno yang menyerang sidang akhbar mereka supaya mematuhi peraturan yang digariskan MPPP.

Pun begitu, pengarah majlis tersebut yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Ridzuan Bakar menolak penjelasan tersebut dengan caci maki, Kata nista "bodoh" dan "kurang ajar" ditujukan kepada Malik, Hock Seng dan Tze Tzin.


Beliau berkata pihaknya berhak mendirikan binaan di atas jalan utama enam laluan itu sungguhpun tanpa restu Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau keizinan MPPP.

Ini kerana katanya, penganjur telah pun mendapat permit berhimpun daripada polis.


Hock Seng dalam reaksi spontan menegaskan polis tiada hak untuk menutup mana-mana jalan utama demi meraikan apa jua majlis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan MPPP serta pihak berwajib yang lain.


"Polis tiada apa-apa hak (untuk meluluskan penutupan jalan) melainkan pada waktu kecemasan sahaja.
"Kita akan rujuk pada pihak berautoriti...'ya' MPPP," tegas beliau.

Sebelum pada itu, Malik, Hock Seng dan Tze Tzin mengadakan sidang akhbar di tapak cadangan asal majlis keraian tersebut yang dikatakan dibuat atas 'jalan mati', iaitu Lebuh raya Batu Maung.

"Jalan ini bukan 'jalan mati'. Ini Lebuh raya Batu Maung yang menjadi jalan utama (yang menghubungkan) Jalan Permatang Damar Laut dan Jalan Iping.

"Saya sendiri menerima aduan yang berat daripada penduduk setempat (yang membabitkan) lebih 20 blok kediaman serta peniaga-peniaga pasar malam, di sini, selepas jalan ini ditutup sejak Ahad lalu untuk sambut Muhyiddin.

"(Umno Pulau Pinang) cukup angkuh kerana cuba menutup jalan itu hampir seminggu untuk menyambut pemimpin mereka (Muhyiddin) walaupun dipertikai oleh peniaga-peniaga (pasar malam) dan penduduk setempat.

"Saya mengalu-alukan mereka datang ke sini dengan syarat ikut peraturan. Kalau boleh, buat permohonan (kepada MPPP) untuk menggunakan Padang Taman Iping," ujarnya.

Sumber dalaman Umno Bayan Baru yang baru diteroka oleh  PenangInsight.com  sebentar tadi memaklumkan, pihak penganjur baru memohon keizinan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mendirikan khemah di jalan utama dekat PiSA melalui faksimili kira-kira jam 3.20 petang tadi selepas menyedari tindakan mereka menerima kritikan masyarakat setempat serta menyalahi peraturan yang digariskan oleh MPPP.

"Penganjur (Umno Bayan Baru) baru faks permohonan jam 3.20 petang tadi tapi pejabat Datuk SUK (Datuk Farizan Darus) minta mereka menghubungi (Lim Guan Eng,) Ketua Menteri (Pulau Pinang) sendiri.

"Malik ada menghubungi Ketua Menteri tapi Ketua Menteri kata  'no'  (tidak). Dapat kebenaran atau tidak sekarang ini bergantung pada (keputusan) Patahiyah Ismail (Yang diPertua MPPP)," ujarnya.

Perkembangan terbaru ini diduga mendorong media arus perdana mesra Umno secara berterusan memburukkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak memberi layanan demokratik kepada Barisan Nasional di negeri berkenaan.

Perkara sebenar yang dilihat antaranya adalah Umno Bahagian Bayan Baru cuba menunjukkan angkuh dengan rakyat, MPPP serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang sungguhpun hasrat mereka adalah murni, iaitu meraikan Muhyiddin sementara menunggu musim pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal Jun ini.

Sumber - PenangInsight

1 ulasan:

  1. Jangan salahgunakan kuasa sehingga rakyat menganggapkan ahli pembangkang adalah manusia kurang ajar. NO ONE IS ABOVE THE LAW!

    BalasPadam