Pengikut

Isnin, 2 April 2012

Inikah Video Murtad Yang Hassan Ali Nak Dedahkan?

Dalam isu murtad ini, kita sebagai umat Islam sewajarnya meletakkan kepentingan politik ditepi.. sikit atau banyak kes yang telah berlaku ianya tetap satu perkara yang serius…

Jangan sampai dah kena batang hidung sendiri baru kita nak melompat…

Terus terang aku katakan.. Aku hormat cara Mahathir menangani isu ini.. diam tetapi berkesan.. nak tulis disini tak boleh..

Tapi kalau korang ada saudara mara yang tinggal di Bukit Mertajam tanyalah mereka..


Baca berita dibawah:-

Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas

SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu - Sinar Harian

Ini adalah video yang dikatakan sebagai videoclip seorang remaja yang telah murtad menemui Hassan Ali, Teknik Rakaman Visual ini dibuat adalah permintaan remaja tersebut,atas faktor-faktor keselamatan.

Dan video ini juga sudah tentu bukanlah video yang dijanjikan oleh Hassan Ali, kerana beliau menjanjikan video pasangan yang didakwanya telah murtad membuat pengakuan..



-ASD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan