Ia dinyatakan Khalid dalam ucapan penggulungannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
“Saya akan menemuduga kontraktor-kontraktor yang terlibat bagi mendapat penjelasan isu ini. Sebelum ini kita tidak campur kerana ia adalah di bawah tugas bekas Exco, Datuk Dr Hasan Ali.
“Tapi apabila sudah jadi begini, saya pula terpaksa campur tangan, kerana isu ini dijadikan bahan politik,” katanya.
Tegas Khalid, walaupun harga itu munasabah, namun tindakan Hassan yang tidak mengumumkan berkenaan kontraktor itu boleh dikategori sebagai melanggar tata kelola kerajaan negeri.
“Namun begitu, perkara tersebut tetap tidak mengikut tata kelola yang ditetapkan kerajaan negeri. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku.
“Ini akan memberi kesan kepada rakyat seperti kita tidak jalankan tugas yang sepatutnya,” katanya.
Terdahulu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan menghabiskan lebih RM300,000 bagi mengubahsuai pejabatnya.
Bagaimanapun, akibat mahu melepaskan diri dengan tuduhan itu, Hassan menuding jari pula kepada dua Exco , iaitu Dr Halimah dan Dr Xavier dengan mendakwa kos mengubahsuai pejabat mereka juga tinggi.
“Bagi mengubah suai pejabat mereka, Exco boleh tentukan sendiri sub kontraktor untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Tapi Hasan Ali (RM329,000), Ean Yong Hien Wah (RM146,000), Rodziah Ismail (RM119,000), Iskandar Abdul Samad (RM21,000) Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Elizabeth Wong dan Teresa Kok (kurang dari RM25,000), Dr Xavier (RM70,000), Dr Halimah Ali tiada dalam rekod kerana beliau tidak jadi mahu mengubah suai pejabatnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan