Pengikut

Ahad, 25 Mac 2012

Demo membantah Umno guna Politeknik lancar kempen PRU13

Dalam satu memorandum yang telah diserahkan oleh YDP Pas Kawasan Permatang Pauh dan wakil dari AMK Permatang Pauh semalam, beliau telah mendesak agar Pengarah Politeknik Seberang Perai tidak membenarkan sebarang bendera Parti UMNO dibenarkan digantung atau dikibarkan di dalam kawasan Politeknik.

Perkara tersebut telah dipersetujui oleh Pengarah Politeknik, dan beliau berjanji tiada sebarang bendera milik UMNO akan dibenarkan dikibarkan di dalam kawasan Politeknik tersebut.

Meskipun mereka memiliki bangunan sendiri di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pihak UMNO Bahagian Permatang Pauh tetap mahu menggunakan Dewan Utama Politeknik Seberang perai bagi tujuan melancarkan ‘Gelombang Biru’ mereka di situ.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah cuba mempengaruhi pelajar-pelajar Institusi tersebut dan mentranformasikan (pinjam ayat Najib) pelajar-pelajar di situ agar menjadi ‘Lembu’ seperti mereka.

Pelancaran dijadualkan pada 24 March 2012 oleh Ahmad Shabery Chick, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Ini adalah kali ketiga pihak UMNO mengadakan majlis mereka di Dewan Politeknik tersebut dan menurut sumber yang kini masih bersama UMNO sewa dewan tersebut tidak pernah dibayar.. depa buat macam emak bapak mereka yang punya.

Tanpa memperdulikan larangan dari Pengarah Politeknik tersebut, pemuda-pemuda UMNO atau lebih tepat lagi ‘Lembu-lembu Muda UMNO’ telah menggantungkan bendera BN dan UMNO di pagar dan juga di dalam kawasan Politeknik.

Perkara ini telah mengundang kemarahan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS dan juga PKR, lantaran itu satu demo bagi membantah tindakan ‘Lembu-lembu Muda UMNO’ itu.

Dalam notis yang singkat lebih kurang 200 penyokong Pakatan Rakyat telah berhimpun dihadapan pintu pagar utama Politeknik mendesak agar bendera-bendera milik UMNO/BN diturunkan atau penyokong Pakatan Rakyat akan masuk ke kawasan Politeknik untuk menurunkannya.

Selain itu penyokong Pakatan Rakyat yang hadir telah menyatakan mereka akan mengerahkan lebih ramai untuk hadir ke kawasan pintu masuk utama Politeknik jika bendera tidak diturunkan.

Mungkin kerana gentar dengan ugutan tersebut maka ‘Lembu-lembu Muda UMNO’ telah menurunkan bendera milik mereka..

Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI dan SINI

Di bawah ini kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik yang mendakwa beliau dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ahmad Shabery terkejut dihalang di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

"Saya katakan bahawa Mahfuz bohong... bohong... bohong... tipu... tipu... tipu... (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali," katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada Pas pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di
Institut Pengajian Tinggi (IPT). - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan