Pengikut

Ahad, 25 Mac 2012

Ketua pembangkang DUN P.Pinang umum tak tanding PRU?

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menjadi tokoh terbaru mengumumkan pengundurannya dari medan politik bagi memberi laluan kepada barisan pelapis Umno.

Datuk Azhar yang menjadi Adun Penaga selama lima penggal berkata, beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang berwibawa dalam Umno.
Azhar, 66 tahun, menjadi Adun Penaga sejak 1990.

Beliau yang juga Setiausaha Umno Pulau Pinang menjadi Ketua Pembangkang selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang.

Azhar berharap, kepimpinan Barisan Nasional akan menghormati keputusannya untuk berundur dari medan politik selepas khidmat yang menjangkau 20 tahun.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas sama ada pemimpin sebaya beliau harus meneladani tindakannya.

" Terpulang kepada individu berkenaan untuk membuat keputusan. Dalam Umno kita menyerah kepada kebijaksanaan kepimpinan. Adakalanya kepimpinan tokoh veteran diperlukan, adakalanya tidak," kata beliau.

Sejak menjadi Ketua Pembangkang, Azhar digantung daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa kali kerana melanggar keputusan-keputusan speaker lantikan Pakatan Rakyat.

Beliau berharap pengundi akan menyedari bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat hanya menghabiskan masa untuk mengkritik mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusannya.

"Pengkritik-pengkritik tradisi di Pulau Pinang seperti pertubuhan bukan kerajaan, menjadi sasaran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang beranggapan bahawa cara terbaik mentadbir dengan mengadakan sidang media sepanjang masa," kata beliau.

Azhar berkata, masalah polarisasi semakin nyata di Pulau Pinang sekarang dengan pihak-pihak tertentu merasakan terpinggir akibat dasar-dasar Guan Eng.

-RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan