
Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. -M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan