Pengikut

Sabtu, 18 Februari 2012

Anwar Ibrahim "Gempur Pekan" Pahang

Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri ceramah Demi Rakyat di dua lokasi di Pahang iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang.

Orang ramai membanjiri lokasi ceramah di Mahkota Aman
Ceramah secara bersahaja, mantap dan penuh isi...

Sebelum itu, pada sebelah petangnya beliau telah menghadiri Majlis Santai (Hi-Tea) di Lancang. Program ceramah di Taman Mahkota Aman bermula jam 09.00 malam di mana Dato' Seri Anwar tampil sebagai penceramah pertama memandangkan beliau akan bergegas pula ke Pekan untuk program ceramah berikutnya.

Kehadiran orang ramai dianggarkan tidak kurang dari 3,000 orang yang mendapat penjelasan panjang lebar dari Ketua Pembangkang ini khususnya berkaitan isu-isu semasa yang sering dijadikan propaganda oleh media-media kawalan Umno.

Pada malam tadi juga, beliau telah melancarkan secara resminya KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) sebagai salah satu Biro yang akan memperjuangkan nasib warga tentera dan bekas-bekas tentera termasuk Polis.

DEMI RAKYAT....Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke Pekan
Di antara rakyat Pekan yang begitu lama menantikan kunjungan Dato' Seri Anwar

Berbeza seperti di Mahkota Aman, perjalanan seterusnya Dato' Seri Anwar menuju ke Pekan terganggu dengan banyaknya sekatan jalanraya oleh pihak Polis. Orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana tindakan pihak Polis tersebut menjadikan keadaan sesak di perjalanan menuju ke Pekan.

Dato' Seri Anwar akhirnya terpaksa menaiki motosikal untuk mempercepatkan pergerakan ke lokasi ceramah. Ternyata di Pekan, program beliau dihadiri tidak kurang dari 4,000 orang suatu jumlah yang luar biasa bagi kawasan Najib.

Melihat kepada berbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Dato' Seri Anwar ke Pekan, orang ramai mula memikirkan mengapa terlalu gusar dan bimbangnya mereka dengan kehadiran Dato' Seri Anwar ke kawasan Najib? Apakah mereka amat takut Ketua Umum PKR ini akan mendedahkan segala kepincangan Najib selaku PM? Isu Israel telah dikupas oleh Dato' Seri Anwar secara panjang lebar agar rakyat tidak lagi diperbodohkan oleh media kawalan mereka. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan