Sekumpulan doktor mengutuk cara pihak berkuasa menyuraikan Himpunan Aman Bersih 2.0, terutamanya tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang, kata sebelas doktor dan pakar bedah yang berkhidmat di hospital berkenaan.
Mereka mengutuk keras tindakan polis memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan ganas polis.
“Apa yang lebih memeranjatkan (disaksikan ramai) ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan gas pemedih mata dan air,” demikian menurut kenyataan media yang diemelkan.
Kenyataan tersebut merupakan reaksi pertama kumpulan doktor selepas polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital.
Ini diikuti sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air
kimia ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.
Tiong Lai juga menafikan dakwaan bahawa para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.
Pelbagai bukti video bagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnyat telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.
Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada himpunan aman Julai 9 juga mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.
Kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong turut mengecam pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata.
"Ia menjijikkan bahawa pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengurus negara dan melindungi yang lemah dan memerlukan, tanpa malu dinafikan secara umum, kejadian-kejadian walaupun tidak terkira banyaknya foto, video, dan pengakuan saksi mata tentang apa yang sudah jelas kepada semua pemerhati bebas," kata mereka.
Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu menyertai polemik selepas Himpunan aman besar-besaran yang dipanggil oleh kumpulan Bersih yang menuntut pembaharuan pilihan raya, para doktor tersebut di mana ada beberapa orang yang bertugas di hospital-hospital yang terlibat semasa kejadian itu, berkata mereka bersedia untuk menyediakan afidavit bersumpah "jika perlu, kepada kebenaran insiden".
Kenyataan itu juga mengingatkan para pemegang jawatan awam untuk menunaikan tugas mereka dengan "integriti moral, maruah, dan ketelusan".
"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat tinggi," tegas mereka.-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan