Pengikut

Sabtu, 18 Februari 2012

Gadis dicekup belakang almari

Taktik seorang gadis menyorok di belakang almari kanvas bagi mengelak ditahan, gagal apabila dia berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi kelmarin.

Pasangan itu antara tujuh orang termasuk seorang perempuan yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mawar dalam serbuan Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat yang berlaku di rumah itu.

“Kami mendapati tiga lelaki hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan, manakala dua perempuan itu pula berpakaian lengkap, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, gadis yang menyorok di belakang almari itu memberi alasan baru datang dan menumpang tidur di rumah kekasihnya itu kerana bapa saudaranya tiada di rumah.

“Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi yang berasingan, seorang ibu kecewa apabila mengetahui anaknya yang berusia 18 tahun itu minum minuman keras.

Ahmad Nawi berkata, remaja itu ditahan bersama empat rakannya termasuk dua perempuan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Bukit Langat.

“Kami mendapati tiga lelaki itu dalam keadaan mabuk, mereka di antara 13 orang yang ditahan di Bukit Langat kerana disyaki berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa remaja berkenaan yang dipanggil ke Masjid Al-Azim terkejut apabila mengetahui anak masing-masing dalam keadaan mabuk.

“Ibu remaja terbabit tidak mengetahui anaknya itu keluar bersama rakannya setelah dimaklumkan pergi bekerja di pasar malam,” katanya.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit bersalah, boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

“Kesemua yang ditahan itu perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Mac ini,” katanya. -SH

Dalam kes yang sama penguat kuasa tergaman lihat seorang gadis selamba berbogel didepan mereka:-

Bogel depan penguat kuasa

Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun.

Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat.

Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu.

Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu.

“Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu.

"Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan.

“Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat’, serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi.

“Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya.

Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit.

"Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu.

"Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling,” katanya. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan