Pengikut

Rabu, 30 November 2011

Tinggal Bersama Dalam Tangki Taik, Takkan Tak Bau Taik Kot?

"Sehari dua ni ramai dok maklum kata 'Sher Partner' projek lembu NFC iaitu Shahrizat dah cabut lari tak tahu ntah kemana.

Sk pun ada juga bertanya kemana beliau menghilang diri? sembunyi kat mana? sembunyi kat menerung ke bersama lembu peliharaan?

Nak tak nak semalam Shahrizat terpaksa tampil ke hadapan bagi mengulas serba sedikit isu yang dibangkitkan itu.

Semasa kenyataan media yang dibuat semalam pun beliau masih lagi dikelilingi oleh 'cow-cow' bersarung merah.

"Saya tiada kena mengena dengan NFC, Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. Tunggulah" kenyataan Shahrizat semalam.


Statement semalam pun nampak macam hebat, nampak macam gerun. Minta rakyat tunggu jawapan. Takpe lah kita tunggu.Tapi hairan juga kan sebab beliau tak terlibat langsung dalam projek lakinya itu.

Isu ni umpama tangki taik, kalau kita dok bersama-sama dalam tangki taik takkan tempias pun tidak? takkan bau pun tidak? takkan kelulusan RM250 juta pinjaman bertaraf 'geran' atau dengan kata mudah 'biasiswa' tidak mengambil kira status jawatan menteri sebagai sandaran?

Sk mengharapkan agar seluruh lapisan masyarakat menilai kembali kerja buat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam mengaut harta kemewahan dan laba keuntungan melalui jawatan yang disandang masing-masing sekarang.

Adakah jawatan besar yang diamanahkan itu digunakan semata-mata untuk mengaut harta kekayaan dengan sewenang-wenangnya dan jalan mudah?

Kepada mereka-mereka yang mahukan perubahan kepada sistem pentadbiran yang lebih baik teruskan usaha mendedahkan skandal, penyelewengan, kejahatan, dan kemunafikan golongan syaitan yang bertopengkan manusia ini." -SiasahKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan