
Meminjam konsep bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu setiap ahli parlimen "bertanggungjawab kepada pengundi mereka", warga maya melancarkan kempen mengingatkan wakil rakyat mereka bahawa corak pengundian mereka berhubung rang undang-undang kontroversi itu akan juga ditentukan pada pilihan raya akan datang.

Sebuah laman web juga ditubuhkan untuk kempen berkenaan dengan arahan lengkap mengenai bagaimana rakyat boleh menyuarakan bantahan mereka terhadap rang undang-undang itu kepada ahli parlimen melalui e-mel dan mesej teks ringkas atau secara alternatif menandatangani petisyen dalam talian.

Seabagai contoh, pengguna mikelanding1 menghantar tweet kepada ahli parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu: "# HelloMP @ datukmdsirat sebagai MP saya, tolong tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman! Saya tidak mahu disaman apabila ‘berhimpun’ di gerai mamak,". -M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan