
Usul untuk memotong gaji itu merupakan ingatan kepada perdana menteri supaya menjalankan tugas dengan baik, kata Tian ketika bercakap kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
"Ini secara tidak langsung merupakan usul tidak percaya," katanya lagi berhubung usul yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9) itu.
Usul pindaan ke atas Bajet 2012 untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 telah diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lalu. -M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan