Pengikut

Khamis, 29 September 2011

Ali Rustam hentam Kerajaan Kelantan boleh pulak?

Sandiwara Umno kerapkali tidak menjadi kerana akhirnya ia sekadar satu bahan picisan atau lelucon kalau diamati secara mendalam. Isu Lim Guan Eng kononnya memberi gambaran negatif terhadap negeri Johor, khususnya daripada segi keselamatan juga satu lelucon yang tersangat slapstik.

Jenaka seumpama ini sudah ketinggaln zaman. Kerap kali sandiwara Umno dan BN ini menempelak semula diri sendiri. Ketua Menteri Pulau Pinang sama sekali tidak berbuat demikian. Meskipun dinafikan satu persatu rekaan-rekaan terbaru terus menjelma yang mengambarkan betapa terdesaknya Umno-BN.

Selepas menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, kitaranya (seperti biasa) akan menerjah pada DAP.. dan target Umno-BN (jika terhadap DAP) ialah Lim Guan Eng.

Selepas menyerang LGE, sudah pasti Umno-BN akan menyerang PKR, target khususnya DS Anwar Ibrahim.

Rakyat sebenarnya sudah senak dengan lelucon Umno-BN. Selepas LGE membuktikan bahawa beliau tidak menyebut langsung dalam ucapannya semasa diradio ABC (Australia), tiba-tiba je Umno-BN menghala tembakannya ke temu bual di Singapura pula.

Pada kesempatanj bertemu LGE semalam, beliau berbisik selepas ini Umno akan keluarkan pula kononnya beliau menyerang Johor di China, Jepun dan serata dunia pula.

Umno akan terus mengitar isu. Selepas mengitar semula isu Hudud yang nampakknya mulai reda..Umno mensasarkan pula dari segi maruah pimpinan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menghormati negeri-negeri lain khususnya daripada segi keselamatn dan kententeraman awam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Dato Salleh Man menyifatkan Umno-Bn telah tersangat terdesakan sehingga mengelabah dan menguna segala macam pendekatan untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat pada Pakatan Rakyat.

"Sambutan 60tahun ulangtahun PAS yang bermula esok di Pulau Pinang juga menempelak Umno secara langsung bahawa rakyat semakin menerima dan memberi kepercayaan pada PAS."

"Kerjasama erat PAS dan DAP adalah satu mimpi negeri bagi Umno yang walaupun tidur sebantal tetapi mimpi lain2 dengan MCA, Gerakan dan MIC," katanya yang mengalu2-alukan kedatangan pimpinan dan ahli PAS seluruh negara ke Pulau Pinang untuk menghadiri sambutan itu di Dewan milenium, Kepala Batas.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari turut menyifatkan langkah polis mahu bertindak terhadap Lim Guan Eng kerana isu itu sebagai berat sebelah kerana semasa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memburukkan Kelantan sebelum ini, tiada tindakan diambil.

"Macam mana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang Dun, sentiasa Kelantan diburukkan.

"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. "Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, demikian antara ucapan Ketua Menteri itu," ujar Adly.

Menurut Adly, kalau polis Johor hendak bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, maka Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak terhadap Ali Rustam. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan