Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kempen protes 'Barang Naik' dilancar Sabtu depan


Tinggal 7 hari lagi, usaha menggembling rakyat memprotes kenaikan inflasi dan kenaikan harga barang akan dilancarkan, kata pihak penganjur.

Kempen tersebut dilancarkan ketika pentabdiran Datuk Seri Najib Tun Razak kian dipertikai kerana menolak 8 tuntutan Bersih 2.0 serta didakwa bertindak kasar ke atas rakyat pada 9 Julai lepas.

Kempen yang diadakan pada Sabtu, 20 Ogos 2011 bermula jam 5 petang di Dataran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa, Kampung Baru, Kuala Lumpur membawa tema "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".

Kelab Protes Barang Naik atau "Protes BN" akan dilancarkan serentak dengan kempen memprotes kenaikan harga barang yang ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad bin Sabu.

Datuk Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena dijangka turut menyertai majlis pelancaran kempen protes tersebut.

Majlis tersebut adalah anjuran bersama Lajnah Pengguna PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tinjauan mendapati, laman Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) turut dikesan di laman sosial facebook. Sehingga jam 4.32 pagi tadi, baru 68 peribadi memberi like pada laman tersebut.

Dengan pelancaran kempen ini, dijangka Barisan Nasional bakal menghadapi protes berganda, termasuk kemungkinan berdepan dengan perhimpunan aman Bersih 3.0. -Penangdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan