Pengikut

Selasa, 12 Julai 2011

RM24.4 juta Harga cincin Kak Ros?

Pendedahan siri pemborosan yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan beliau menghabiskan wang rakyat sebanyak RM24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malayasia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York.

“Kita dapat maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah pembeli, justeru itu Rosmah kena jawab kerana hanya satu bentuk mutiara di cincin itu dengan RM24.4 juta.

“Cincin berkenaan jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring daripada Jacob & Co,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard (gambar kanan).

Dalam pada itu, Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

“Mana dapat duit sebegitu rupa? Apa yang diberitahu menteri sebelum ini tiada belanjawan khas diperuntukkan untuk Rosmah. Cincinnya juga tidak dikenakan cukai.

“Saya tidak mahu teman Umnonya yang jawab, orang yang perlu jawab adalah Rosmah atau Najib sendiri,” ujarnya.

Katanya, ekoran pendedahan terbaru itu, beliau yakin Rosmah akan mengerahkan KDRM menghapuskan kesemua data mengenai urusan pembeliannya.

“Isnin ini akan ada arahan daripada Rosmah untuk siasat KDRM hapus data-data mengenai cincin, baju mewah dan pelbagai lagi,” kata beliau.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan