Pengikut

Selasa, 12 Julai 2011

Patriot nak kumpul penyokong 1Malaysia

Pemuda UMNO akan terus memperluaskan penubuhan Patriot di seluruh negara biarpun gagal untuk menyampaikan memorandum penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia perlu kerana secara tidak langsung landasan golongan muda menyampaikan suara, selain daripada sebuah badan menyokong dasar dibawa kerajaan khususnya.

Menurutnya, apa dilihat Patriot kini mendapati sambutan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), maka satu perancangan perlu diambil bagi menilai hala tujunya.

“Hala tuju Patriot akan dibincangkan, tetapi yang pasti penubuhannya diadakan di setiap negeri dan sama ada dijadikan NGO atau sebaliknya akan diputuskan kemudian.

“Patriot diwujudkan untuk mendukung demokrasi, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara dan cubaan mana-mana pihak untuk menghuru-harakan negara pasti akan ditentang habis-habisan, ini adalah suara `majoriti senyap’,” katanya. -SinarHarian


p/s: Pemuda Umno terpaksa ambil Mat Bangla untuk perbanyakan ahli, Lihat gambar diatas ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan