Pengikut

Selasa, 12 Julai 2011

Saya penakut, tapi saya teringin mati menentang kezaliman

"They made a very big mistake on Saturday, by assuming that arresting more people would make the rest of us scared," said youth leader Khairul Anuar. "Actually, it has just made us more brave"Kata-kata yang benar teramat benar itu saya salin dari berita The Guardian bertajuk "Malaysia's leader warned: Reform elections or risk revolution".

Berminggu-minggu sebelum 9 Julai lalu, kerajaan Umno yang "no longer has access to reason and decency" yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak mengugut rakyat yang mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan kuasa dan kebengisan kekerasan polis. Dengan ugutan yang gila-gila dan gila itu, kerajaan Najib tentu berharap hanya beberapa puluh atau ratus orang sahaja yang berani berhimpun Sabtu lalu.

Hakikat bahawa lautan demi lautan manusia membanjiri beberapa tempat di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil akan terus menjadi mimpi ngeri kepada Najib dan gerombolan yang ditutup pintu hati mereka yang menyokong suami big spender itu.

Saya salin kata-kata yang dipetik oleh Guardian itu untuk mengasak masuk ke dalam hati anda salah satu kesimpulan penting dan utama perhimpunan Sabtu lalu: Rakyat tak takut polis!

Kawan-kawan yang kenal saya, walaupun tak rapat, amat tahu bahawa saya seorang yang sangat penakut. Bukan berbasa-basi atau nak merendah diri (nak merendah tak pasai-pasai buat apa!), saya memang sangat penakut.

Tetapi, dengan syahidnya Baharuddin Ahmad, saya yang sangat penakut ini pun amat bercita-cita untuk mati dalam perjuangan seperti beliau. Daripada aku mati sakit jantung (saya dah pun kena serangan jantung hujung Mei lalu - massive acute myocardial infarction), lebih baik aku mati kerana menentang mungkar terbesar di negara ini - Umno.

Amat benar apa yang Allah s.w.t. ilhamkan dalam jiwa dan cita-cita saya - bahawa sekurang-kurangnya kepada saya, hasil yang lebih penting dan utama dari perhimpunan Sabtu lalu ialah senjata terhebat untuk menentang Umno yang menjadi mudharat terbesar dalam negara ini sudah ada dalam genggaman saya. Senjata terhebat itu ialah keinginan yang meluap-luap untuk mati kerana menentang mungkar terbesar negara ini - Umno.

Senjata itu lebih hebat dari cota, gas pemedih mata, meriam air beracun, apa sahaja! Hanya kepada Allah s.w.t. sahaja saya yang sangat penakut ini menyerahkan diri. -Penarik Beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan