Pengikut

Rabu, 27 Julai 2011

Rakyat sudah tidak percaya pada SPR - Saifuddin

Lapan tun-tutan Bersih 2.0 tidak timbul jika semua semua pihak di negara ini mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.

Berikutan itu, menurutnya, SPR perlu bertindak segera mendekati rakyat bagi mengembalikan rasa kepercayaan terhadap badan berkenaan.

“Usaha SPR perlu dipertingkatkan. Ia (wacana) satu permulaan yang sangat baik. SPR perlu tingkatkan komunikasi, memperbanyakkan lagi majlis penerangan, menggunakan teknologi media baru, dan juga mungkin memerlukan perunding perhubungan awam untuk memperbaiki kaedah komunikasi dengan rak-yat,” katanya.

Wacana itu membariskan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan ahli akademik terkemuka, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dengan Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator. -SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan