Pengikut

Rabu, 6 Julai 2011

Polis sebabkan kesesakan teruk

Kuala Lumpur dan jalan sekitar sesak teruk akibat sekatan jalan raya yang dilakukan polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.

Polis bertindak demikian meskipun Yang di Pertuan Agong telah menitah dan memperkenan supaya himpunan aman tersebut dijalankan di stadium.

Antara jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan, lapor Malaysiakini.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar berkata beliau mempersoalkan tujuan sebenar polis berbuat demikian, yang secara jelas cuba menakut-nakutkan
rakyat yang mahu berhimpun secara aman Sabtu ini.

“Agenda apa yang diaturkan mereka di sebalik sekatan jalan di pintu-pintu utama masuk ke ibu negara, apakah ada agenda lain daripada polis,” ujarnya.

Menurutnya, ia juga membuktikan polis engkar kepada Titah Khas Yang dipertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.

“Taktik ini selalu digunakan polis dan pihak tidak bertanggungjawab bagi menggagalkan perhimpunan dan rancangan rakyat,” katanya.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan