Pengikut

Rabu, 6 Julai 2011

Mahkamah Rayuan Kekal Zabidin Hakim Kes Anwar

Mahkamah Rayuan hari ini sekali lagi menolak rayuan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat fitnah liwat ke-dua membabitkan beliau.

Keputusan sebulat suara oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Hasan Lah ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwaaan.

"Permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 3 Akta Judikatur Mahkamah.

"Justeru, tidak bijak bagi menganggu penghakiman itu. Kita kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak permohonan itu. Kami akan bekalkan butiran lanjut penghakiman kemudian,” katanya.

Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop.

Peguambela Anwar, Karpal Singh kemudian memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Zabidin sebelum ini mengarahkan Ketua Pembangkang itu membela diri dengan menyatakan saksi utama kes itu, Saiful Bukhari Azlan sebagai berwibawa dan boleh dipercayai.

Peguam bela Anwar, Karpal Singh bagaimanapun menyifatkan Zabidin bersikap berat sebelah apabila membuat pra-penghakiman sebelum Anwar dipanggil membela diri.

Zabidin menolak permohonan Karpal pada 6 Jun lalu supaya beliau berundur dengan alasan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Ia adalah kali ketiga peguam Anwar gagal menggugurkan Zabidin dari menghakimi kes berkenaan.

Permohonan pertama dibuat peguam Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah dan kedua-dua permohonan itu ditolak.

-tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan