Penduduk Pulau Pinang hari ini melahirkan rasa kesal dan tidak dapat menerima sikap kurang sopan keterlaluan Umno Pulau Pinang, yang berdemo dan menghalang lalulintas di atas Jambatan Pulau Pinang.
Umno jelas sekali membelakangi undang-undang dan cuba meletakkan kuasa di dalam tangan mereka dengan bersikap melulu dan keterlaluan menghalang lalulintas selama 30 minit di atas Jambatan itu, sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas sejauh 10 km.
Umno jelas sekali membelakangi undang-undang dan cuba meletakkan kuasa di dalam tangan mereka dengan bersikap melulu dan keterlaluan menghalang lalulintas selama 30 minit di atas Jambatan itu, sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas sejauh 10 km.
Beberapa warga emas yang ditemui semasa majlis penyerahan wang khairat kematian sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, perbuatan Umno itu sebenarnya menzalimi rakyat, menyusahkan rakyat dan menampakkan dengan jelas sikap double standard pihak berkuasa dalam menangani kes demo jalanan haram seumpama itu.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang turut membidas sikap luar batasan oleh Umno Pulau Pinang yang berarak di jalanan dan menganggui lalulintas di atas Jambatan Pulau Pinang menyifatkannya sebagai di luar kotak pemikiran manusia biasa.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau tersangat kesal kerana Polis tidak bertindak sewajarnya pada demo jalanan haram berkenaan, tetapi sebaliknya bertindak tegas menyekat dan merampas kemeja-T Himpunan Aman Bersih 2.0.
"Ia satu sikap double standard oleh Polis, kerana membiarkan sahaja apa sahaja yang dibuat Umno tetapi menyekat dan menghalanginya jika ia dianjurkan Pakatan Rakyat," kata beliau yang telah menghubungi Ketua Polis Negeri berkenaan perkara itu.
"Persoalannya mengapa polis tidak menyekat perarakan oleh Umno sejauh 1.5 km dari Masjid Kapitan Kling ke Komtar," tegas beliau.
Mengenai dakwaan bahawa beliau ada membawa fahaman komunisme, Guan Eng berkata, ia satu tohmahan yang tak masuk akal।
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan