Kebebasan dan hak asasi manusia sedikit demi sedikit terpadam di bumi Malaysia semenjak Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengambil alih pemerintahan negara ini. Walaupun sebelum ini negara begitu dingin dengan kebebasan bersuara, namun kini makin parah di bawah Najib.
Serba-serbi tidak bebas di Malaysia. Hak rakyat dinafikan jika tidak bersama dengan Umno-BN. Bagi pemimpin Umno-BN, rakyat Malaysia hanyalah yang menyokong Umno-BN sahaja. Yang lain dilayan seperti komunis di hutan seperti kata seorang professor yang dulunya mesra Umno.
Setiap penjuru dan ceruk dikawal kerajaan Umno-BN. Media, bahan penerbitan, risalah, ceramah, hak berhimpun secara aman dan hak bersuara, semuanya dinafikan oleh kerajaan jumud Umno-BN.
Media disekat bagai negara zaman batu
Sebelum ini, media alternatif yang pro kepada Pakatan Rakyat (PR) ditahan penerbitannya, ada yang disekat pengeluarannya, ada yang dihadkan penerbitannya kepada ahli parti semata-mata walaupun pada masa yang sama kerajaan menguasai pelbagai bentuk media massa, akhbar arus perdana yang pelbagai, siaran televisyen yang pelbagai channel, siang-malam diterbitnya berita yang menyerang PR dengan pelbagai fitnah, namun masih lagi takut dengan penerbitan dari media alternatif seperti blog dan laman web.
Kini pula, di zaman Najib, media antarabangsa yang bebas melaporkan berita yang telus di luar negara tetapi disekat dan digelapkan beritanya semata-mata mahu membohongi rakyat sendiri. Konon merekalah yang terbaik. Baca di sini.
Hak bersuara dan demonstrasi aman dihalang
Bermacam-macam alasan diberikan untuk menghalang kebangkitan rakyat. Semuanya tidak masuk akal. Konon PR mahu menghidupkan kembali pengaruh komunis di negara ini, konon menjaga keselamatan negara lah, konon mahu menyelamatkan keamanan negara lah dan bermacam-macam alasan yang sudah basi seperti Yahudi dan Amerika beralasan memerangi keganasan padahal mahu menindas umat Islam.
Segala bentuk kekerasan diperlakukan terhadap rakyat sendiri apabila mengadakan himpunan aman seperti BERSIH 2.0. Polis dipergunakan sepenuhnya untuk memerangi rakyat sendiri dengan tembakan air kimia ‘water canon’, bom pemedih mata dan sebagainya. Kebebasan hancur lebur.
Seluruh dunia memerhati setiap gerak-geri penindasan yang dilakukan kerajaan Umno-BN. Imej negara begitu teruk dimalukan.
Peguam Perancis dihalau
Terbaru, seorang peguam hak asasi manusia dari Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis telah dihalau oleh pihak berkuasa pentadbiran Najib daripada datang ke Malaysia.
Bourdon dijadualkan menghadiri program penerangan berkaitan isu kontroversi pembelian Scorpene oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib namun telah ditangkap dan dihalau keluar selepas tiba di Malaysia kelmarin.
Bourdon ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam kelmarin.
Tiada sebab pentadbiran Najib harus takut dengan Bourdon jika Najib merasakan pentabdirannya bersih dan tidak melakukan kesalahan. Tetapi jika tindakan jumud seperti ini dilakukan, bukan sahaja imej negara rosak dan merudum di mata dunia, bahkan segala dakwaan dan tuduhan pentadbiran Najib terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dengan melakukan rasuah ketika pembelian kapal selam Scorpene akan disahkan betul oleh banyak pihak.
Bak kata orang, berani kerana benar tetapi jika bersalah, sudah tentulah takut berhadapan kebenaran pembongkaran yang bakal dilakukan oleh peguam Perancis berkenaan.
Najib sehebat diktator
Sekarang, bolehlah dibandingkan pemerintahan Umno-BN di bawah Najib menyerupai pemerintah diktator lain di seluruh dunia.
Seperti apa yang didakwa Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, tindakan Najib menghalau peguam, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis, ‘melayakkan’ Perdana Menteri itu sebaris dengan diktator lain di dunia.
“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali (gambar kanan). Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.
“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard dipetik dari Keadilandaily.
Bekas pemimpin Tunisia, Ben Ali adalah seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.
Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk
Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.
Dilihat, apa yang berlaku di Malaysia di bawah Najib serupa dengan apa yang berlaku di Tunisia di bawah Ben Ali.
Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.
“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Badrul lagi. - WarkahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan