Semuanya kerana Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah pun digubalkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dan kini cuba dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan.
Tapi Umno yang selama ini anti dengan Islam dan apa jenis enakmen yang cuba mendidik umat Islam ke arah kebaikan cuba menjerat diri sendiri apabila sekutu mereka iaitu MCA dan Gerakan yang sudah tentu ketika 14 tahun lalu telah menyokong enakmen berkenaan kerana ianya memang diluluskan ketika tahun 1997.
Tapi hari ini menampakkan kebodohan mereka apabila terus menyerang PAS dan PR yang cuba melaksanakan apa yang telah diluluskan mereka (BN) selama ini yang tidak dilaksanakan semenjak dulu.
Apa yang menampak kebodohan mereka ialah, sebelum ini Umno dan barua mereka begitu lunak menuduh PAS telah menukar dasar mereka daripada ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ atas sebab kononnya takut dengan DAP.
Tapi hari ini, MCA dan Gerakan begitu lantang menentang Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang cuba dilaksanakan kerajaan Kedah dengan tuduhan konon PAS mempunyai agenda mewujudkan negara Islam.
Sebelum ini Umno menuduh PAS sanggup menukar dasar ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ kerana didesak DAP tapi MCA dan Gerakan pula berkata PAS mempunyai agenda mewujudkan negara Islam.
Jelas sekali apa yang dituduh Umno selama ini merupakan permainan politik Umno-BN semata-mata. Padahal Umno sudah bersekongkol dengan MCA dan Gerakan untuk merosakkan Islam.
Ini memperlihatkan, Umno dan sekutunya dari golongan bukan Islam cuba menjalankan dakyah jahat dan kotor untuk menakut-nakutkan para pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Umno ditugaskan untuk mengapi-apikan dan menakut-nakutkan pengundi Melayu Islam terhadap PAS manakala MCA dan Gerakan pula diberi tugas untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam terhadap PAS.
Semua itu bertujuan untuk meroboh kekuatan Pakatan Rakyat dan PAS yang mempunyai sokongan berbilang kaum, bangsa dan agama. Ini semua memberi mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN).- WarkahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan