Pengikut

Isnin, 4 Julai 2011

Najib bakal senasib bekas-bekas PM?

Media Pro BN mencetuskan satu berita di akhbar dan televisyen menyatakan Pakatan Rakyat semakin kehilangan punca dan sama sekali ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia. Ramai orang membaca akhbar di kampung-kampung pedalaman akan percaya kata-kata PM dan UMNO terutamanya berkaitan sokongan meningkat terhadap BN. Benar atau itu hanya retorik politik semata-mata akan ditentukan semasa PRU13 nanti.

Sudah terang lagi bersuluh, di mana kita melihat kekalutan sebenarnya bukan di pihak pembangkang tetapi kerajaan BN yang semakin hari semakin ganas menggunakan kuasa yang tinggal sisa-sisa atau lebih tepat boleh dikatakan nyawa-nyawa ikan. Jika benar dakwaan BN terhadap retorik politik yang cuba mengaburi mata masyarakat mengapa BN masih takut dengan BUKU JINGGA dan HIMPUNAN BERSIH 2.0? Adalah lebih baik lepaskan BERSIH berhimpun kerana BN sendiri telah membuat tanggapan bahawa tiada sokongan kepada pembangkang. Biarkan mereka berhimpun 2-3 kerat itu jika benar tiada sokongan dari rakyat.

Jam berlalu dan hari semakin mengunggu untuk PRU13, sementara BN semakin hilang arah. Taktik pindah dan lompat parti sudah tidak lagi dipedulikan rakyat kerana BN membantu PR membersihkan parti dari wakil-wakil hipokrit dalam perjuangan rakyat. Senjata terakhir BN ialah SPR dan dengan SPR, BN bakal berkuasa kembali. Itu cadangan dari MT dan juga Pak Menteri supaya kantong boleh dipenuhkan untuk sepenggal lagi pemerintahan. SPR semakin berani berkata-kata kerana taktik SPR sahaja yang boleh memenangkan wakil-wakil BN dalam setahun dua ini.

Ini disebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada 1 Malaysia. Jika ditanya kepada Kaum Melayu jawapan mereka ialah “Masakan hak keistimewaan Orang Melayu di dalam perlembagaan boleh dikongsi dengan kaum lain, sedangkan kaum Melayu masih ketinggalan dalam bidang ekonomi”. Jika ditanya kaum Cina “Wa mahu sepertimana olang Melayu lapat seperti saham bumiputera dan juga lain-lain balang Melayu lapat”. Akhirnya kaum India juga menyatakan “Jika mahu 1 Malaysia jadi kenyataan, kita semua misti kongsi semua apa kita ada termasuk saham dan juga kehidupan”.

1 Malaysia, misi terbaik pernah BN salurkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, BN akan GAGAL dengan misi ini kerana di belakang BN ada PERKASA dan UMNO. Di telan mati emak, diluah mati bapak. Sebagai rakyat yang lebih patriotik, disini misi 1 Malaysia menyerupai misi DAP iaitu GAGASAN 1 MALAYSIA. Jika BENAR mahukan 1 MALAYSIA kita akan lihat pemerintahan Pakatan Rakyat di mana setiap kebaikan dan kemudahan diberikan sama rata tanpa mengira kaum berlandaskan perlembagaan Negara Malaysia yang sedia ada.

Biarkan UMNO dan BN jadi pejuang bangsa, namun sama sekali tidak akan berjuang demi 1 Malaysia. Pejuang bangsa hanya layak duduk dikerusi pembangkang kerana mereka hanya mewakili kaum-kaum minoriti dan majoriti. Biarkan Malaysia ditadbir oleh parti yang tidak mengamalkan sifat perkauman, kerana ia lebih nuteral di dalam melaksanakan dasar-dasar sama ada dalam sektor pembangunan dan ekonomi.

Jika Tun Mahathir negeri sudah tergadai, Negeri Pak Lah pula sudah tersadai, Adakah Pahang bakal tersidai? Semoga sejarah ini menjadi rujukan Pak Menteri agar tidak bermimpi di siang hari.

-Anak Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan