Pengikut

Selasa, 26 Julai 2011

MPSP dulu hampir bankrap tapi sekarang terbaik

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh diibaratkan sebagai 'mayat' kerana terpaksa ditampung selalu oleh kerajaan negeri bagi membantu 'hayat'nya.

Ia boleh dianggap hampir bangkrap. Pernah MPSP kehilangan wang sebanyak 230 juta tanpa dikesan.

Namun, kini dengan dipimpin oleh seorang wanita, Puan Maimunah Shariff, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh kerajaan tempatan ini sehingga menjadi kebanggaan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

(KM, Lim Guan Eng, melancarkan Taman Bersih, CCTV dan Gotong royong Online dengan diperhati Maimunah dan Dr Mansor)

Sempena perayaan Haji Majlis ke 37 baru-baru ini, Yang Dipertua MPSP Puan Maimudah Sharif mengumumkan tiga projek besar yang meletakkan pihak berkuasa tempatan ini dikedudukan sekarang.

Pertamanya Pelancaran Taman Bersih iaitu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran permbersihan melalui penglibatan komuniti atau 'Community Engagement' khususnya menjadikan kontraktor yang dilantik lebih proaktif dan bertanggungjawab, menggalakan penyertaan masyarakat di dalam aktikviti bagi kebaikan semua serta melestarikan kehidupan bersih dan teratur.

Keduanya pelancaran CCTV yang diletakan pada 24 lokasi iaitu 8 unit di Seberang Perai Utara, 12 unit di Seberang Perai Tengah dan 4 unit di Seberang Perai Selatan.

Manakala ke tiganya Sistem Gotong Royong Online yang mana MPSP boleh menerima permohonan gotong royong daripada berbagai pihak hanya menerusi laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.

"Adanya tiga pertambahan baru MPSP itu nanti menjadikan MPSP terus maju dengan lonjakan kualiti dari semua kakitangan MPSP. Sebab itu MPSP memperkenalkan anugerah KAIZEN iaitu istilah dari Jepun yang bermaksud penambahbaikan berterusan kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan idea kreatif yang mendatangkan impak kepada MPSP, " katanya.

Hadir sama dalam program yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr Ramasamy dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow . -HRKH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan