Pengikut

Khamis, 7 Julai 2011

Laman sosial Anwar Ibrahim digodam

anwar ibrahim facebook hackLaman twitter dan Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira 12.45 tengah malam semalam.

Akibat penggodaman itu muncul tulisan-tulisan pelik di kedua-dua laman sosial Anwar yang jelas berbeza dengan bahasa dan tulisannya.

Antara tulisan penggodam yang memperkenalkan dirinya sebagai 'LuvSec' itu adalah meminta orang ramai memakai baju Melayu berwarna unggu untuk ke kenduri.

Berikut antara tulisan berkenaan:

"Salam semua, di sini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri....sehubungan dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~

-LuvSec-

Beberapa minit kemudian, penggodam itu meminta orang Melayu supaya tidak berpecah-belah kerana politik. Tulisnya:

kenapa korang suka politics ??? disebabkan politics.. kita orang melayu berpecah belah... patutnya kita harus bersatu.. kami @LuvSec bukan lah dari mana2 parti.. kami cuma ingin MELAYU SAMA MELAYU BERDAMAI... JANGAN BERGADUH KERANA POLITICS !!!

-LuvSSDS-

anwar social media hackedBeliau juga memuatkan perkataan-perkataan berikut:

"hack3d by @LuvSec
, Your Password IS Not Secure...

??FIRST TARGET COMPLETE 100% ; Anwar Ibrahim??

SECOND TARGET : Prime Minister ... :)??

WAIT NEXT TARGET FROM @LuvSec"

Buat masa ini, menurut posting berkenaan tindakan pemulihan sedang dilakukan.

-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan