
Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.
Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.
"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.
Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.
p/s: Agak memeranjatkan jika Kehilangan 2 enjin jet pejuang F-5E yang berharga RM:50juta tidak melibatkan pihak atasan. Kalau beginilah sikap angota tentera (bawahan)kita, silap-silap haribulan nanti jet shukoi MKM30 pun boleh lesap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan