Pengikut

Khamis, 7 Julai 2011

Blogger dakwa 'Wanita kaki maksiat' teraju Tabung Haji Travel?

Pertadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mencipta satu lagi rekod bersejarah kerana dikhabarkan melantik seorang 'wanita kaki maksiat' menerajui Tabung Haji Travel.

Rekod sulong diisi oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda walaupun dikaitkan dengan beberapa dakwaan rahsuah berprofil tinggi sebelum ini.

Pemilik blog Milo Suam melaporkan, 'wanita kaki maksiat' yang dimaksudkan adalah Dato' Yasmin binti Dato' Yazid.

Beliau khabarnya bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Service Sdn Bhd (TH Travel), iaitu anak syarikat Tabung Haji (TH) esok.

Sumber turut mendedahkan beberapa rekod 'wanita kaki maksiat' ketika menerajui TH Global sebelum ini.

"Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini.

Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arabdi dalam pengurusan di Arab Saudi," ujar sumber di blog miLo Suam.

Perkembangan terbaru itu sekaligus seolah-olah menggambarkan Najib tidak serius dalam melaksanakan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkannya kepada rakyat.

-PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan