120,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) habis-habisan diugut supaya tidak menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di ibunegara, Sabtu ini?
Difahamkan, langkah itu sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantah gagasan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0).
Difahamkan, langkah itu sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantah gagasan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0).
Naib Canselornya Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menegaskan, mereka terbabit tidak kira kakitangan universiti mahupun mahasiswa akan dikenakan tindakan tatatertib yang keras di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan 2010).
Bagaimanapun, pekeliling tersebut tidak pula menyebut sama ada melarang mereka menyertai perhimpunan pemuda Umno atau Perkasa yang turut dirancang pada hari yang sama.
Pekeliling Naib Canselor tiga halaman bertarikh 5 Julai itu ditujukan kepada Dekan Fakulti, Ketua Bahagian, Rektor (Pengarah) UiTM Negeri serta staff universiti di seluruh tanah air.
Tegas Sahul lagi, pekeliling tersebut sebagai melaksanakan Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605 Tatakelakuan:-
"Seseorang pegawai hendaklah setiap masa memberi taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang diPertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Badan Berkanun."
Penulis blog "Tulang Besi" dalam reaksi spontan mempersoal tindakan Sahol tersebut.
"Setelah Tuanku izin perhimpunan di Stadium, UiTM masih berdegil dan melarang kakitangan UiTM menghadiri perhimpunan ini. Saya tak faham bagaimana UiTm boleh derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan," ujar beliau di blog peribadinya Malaysia Waves.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah turut mengarahkan kakitangan awam supaya tidak menyertai perhimpunan aman tersebut.
Abu Bakar berdalih di Malaysiakini, antara lain berkata pekeliling bertarikh 30 Jun 2011 tersebut dikeluarkan supaya kakitangan dilihat 'neutrality' atau tidak menyebelahi mana-mana pihak.
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan