
Semalam Najib berkata pula yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. Persoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium.

Apa pelajaran yang kita dapat dengan keadaan ini?
Pertamanya Bersih benar-benar mahu mengadakan rally secara aman. Tujuan dan matlamatnya jelas dan Bersih telah menunjukan sikap keterbukaan itu dengan jelas. Bersih bersetuju untuk berunding dan perundingan itu telah pun membuahkan keputusan bagi kedua-dua belah pihak.
Pelajaran kedua yang kita dapati ialah pihak kerajaan pimpinan BN berubah-ubah dan sekarang bermacam-macam pula helah untuk menggagalkan perhimpunan itu. Najib kata begini tetapi sekarang berkata begitu pula. Hishamudin pula masih mahukan tindakan undang-undang di ambil terhadap yang ditahan sebelum pertubuhan itu diharamkan kerana terdesak.

Berminggu-minggu lamanya baik Najib, baik Hishamudin serta Muhyiddin Yassin mengkritik Bersih kerana ingin mengadakan rally itu di jalanraya dan menyeru Besih untuk mengadakan tunjuk perasaan itu di Stadium. Apabila Berih sudah bersetuju untuk mengadakannya di stadium berbagai-bagai alasan lain pula diberikan untuk menggagalkan rally ini. Muhyidin berkata yang Bersih sedang cuba untuk mencemarkan Stadium itu sebagai tempat sambutan kemerdekaan pada 1957 dahulu.
Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin, kenapa beliau menyembunyikan diri apabila Dr Mahathir pernah hendak meruntuhkan stadium itu untuk dibangunkan projek pembangunan baru di situ? Ingat kah tidak banyak pihak telah mengkritik kerajaan kerana niatnya untuk merobohkan stadium tersebut.

Kejujuran seseorang pemimpin itu mudah dinilai dari kata-kata mereka. Sesungguhnya sebab untuk mengagalkan rally ini hanya satu sahaja. BN takut tidak terhingga kerana jika rally ini diberikan kelulusan untuk di adakan dimana-mana sekali pun, mereka (BN) tahu lautan manusia akan hadzir dan ini merupakan ketakutan BN yang sebenarnya
Bersih itu tidak penting.Yang penting itu ialah jumlah keramaian yang datang itu akan menjadi bukti yang boleh dilihat dengan mata kepala kita yang rakyat ramai begitu kuat untuk menunjukan manifestasi mereka terhadap kerajaan. Itu sahaja. Saya suka mengulangi yang Bersih lebih berjaya jika digagalkan niat mereka untuk mengadakan rally itu dari membenarkan rally itu di adakan dimana-mana.

Tuntutan tambahan ini ialah menuntut supaya pemimpin-pemimpin kita membuka mulut mereka lebar-lebar sebab nak tengok lidah yang ada di dalam mulut mereka itu lidah jenis apa? Tentu lain dari lidah yang rakyat ada. Ia tidak mungkin sama.
Inilah dia rupanya pemimpin yang berjanji hendak membawa transformasi politik dan ekonomi. Kalau isu stadium pun dia berbohong, tentu banyak perkara lagi yang beliau berbohong.'Once he lies he will remain a liar'.
-Aspan Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan