Pengikut

Jumaat, 10 Jun 2011

Sah polis ‘bunuh’ Syamil

Remaja mangsa tembakan Polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei dibunuh dari jarak dekat, kata Naib Presiden PKR, N. Surendran. Bukti itu katanya, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Menurut Surendran, berasaskan laporan itu juga, besar kemungkinan Syamil berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung, ketika remaja itu ditembak.

“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak – yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam Surendran.

“Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak,” kata Surendran.

“Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm.

“Terdapat lebam dan luka lelas mengelilinginya, kawasan berukuran 1×1.5 cm. Arah tembakan 45 darjah ke belakang ke kanan dan tembus.

“Manakala pada bahagian sebelah kanan dada, 2.5 cm dari puting kanan, dari tulang tengah dada 7.5 cm berdiameter 0.5 cm,” kata Surendran memetik laporan itu.

Ibu Syamil, yang mengalirkan air mata ketika hadir di Ibu Pejabat PKR hari ini cuba ditenangkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin

Justeru PKR menuntut Peguam Negara mendakwa mereka yang terlibat untuk dihadapkan ke mahkamah.

Muhammad Syamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam (gambar kiri).

Pihak polis sebelum ini mendakwa kesemua remaja itu sebagai ‘penjenayah tegar ‘ yang kononnya dikenali sebagai ‘geng minyak’.

Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan