Berbeza dengan Umno-Barisan Nasional, parti pemerintah itu katanya, meskipun tampil dengan pelbagai slogan, namun dilihat tidak konsisten terutama dalam melaksanakan perubahan seperti membanteras rasuah dan salahguna kuasa.
“Saya fikir Pakatan sudah memaparkan idea mereka dalam buku jingga dan apa yang penting ialah hapuskan rasuah dan ketirisan supaya sumber yang ada sampai ke tangan yang disasarkan.
“Masalah Umno-BN ialah masalah ketiadaan integriti. Contohnya apabila mereka bercakap tentang membanteras rasuah, rakyat senyum kambing kerana mereka ragu yang kerajaan ini mempunyai landasan moral untuk memperkatakan soal-soal seperti itu,” katanya dalam satu temubual bersama wartawan Keadilandaily.
Tambah beliau, isu pembangunan bukan lagi isu yang boleh menarik perhatian rakyat, terutama kaum Melayu seperti mana yang selalu dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya.
“Siapa pun boleh buat pembangunan jika ada kuasa. Isu yang lebih dekat dengan hati orang Melayu ialah siapa yang boleh mengurus dengan baik; bukan soal kalau parti lain memerintah tidak ada pembangunan.
“Seperti yang kita lihat Pakatan tidak memainkan isu itu; mereka lebih menekankan soal pengurusan, soal idea dan yang penting ada ketelusan dan pertanggungjawaban.
“Isu-isu ini tidak dapat ditangani oleh Umno-BN kerana mereka anti pertanggungjawaban dan ketelusan. Sebab itu mereka tidak boleh buat tender terbuka umpamanya,” kata pakar perlembagaan itu lagi.
Ditanya mengenai sentimen di kalangan golongan muda pula katanya, ia menunjukkan perubahan apabila kelompok itu mula menerima politik baru.
“Saya pasti ada perubahan; yang jelas kita ada ramai pengundi muda yang cara berfikir mereka tak sama dengan orang tua mereka. Selain itu mereka juga adalah generasi yang berbeza; isu kaum dan sensasi termasuk hantu 13 Mei 1969 tidak masuk akal bagi mereka.
“Dalam pada itu mereka juga kurang tebal sentimen perkauman. Keutamaan mereka ialah masa depan dan kebajikan mereka. Mahasiswa contohnya tidak lagi takut seperti mahasiswa 10 atau 15 tahun dulu sebab mereka bukan generasi biasiswa kerajaan.
“Tidak seperti dulu, kerja tidak lagi terjamin. Mereka juga tidak takut dibuang kolej kerana sekarang kolej ini yang terdesak mencari pelajar! ini semua adalah perubahan dan anjakan yang kebanyakan kita tidak sedar. Dalam pada itu mereka terdedah kepada media alternatif,” katanya.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan