Pengikut

Rabu, 22 Jun 2011

Rayuan Anwar gugur hakim 6 Julai

Rayuan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah didengar di Mahkamah Rayuan 6 Julai ini.

Peguamnya, Sankara Nair, menerima pemberitahuan mengenai perkara itu semalam dari pendaftar Mahkamah Rayuan.

Zabidin sebelum ini mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri dengan menyatakan saksi utama kes itu, Saiful Bukhari Azlan sebagai berwibawa dan boleh dipercayai.

Peguam Anwar, Karpal Singh bagaimanapun membidas sikap Zabidin bersikap berat sebelah apabila membuat pra penghakiman sebelum Anwar dipanggil membela diri.

Hakim itu kemudian menolak permohonan peguam pada 6 Jun lalu dengan alasan permohonan untuk menyingkirkannya tidak mempunyai merit.

Ia adalah kali ketiga peguam Anwar bertindak untuk menggugurkan Zabidin dari menghakimi kes berkenaan.

Permohonan pertama dibuat peguam Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah dan kedua-dua permohonan itu ditolak.

Anwar dituduh meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008 yang dianggap sebagai konspirasi politik terancang untuk menjatuhkannya, mengulangi skrip 1998.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan