Pengikut

Selasa, 21 Jun 2011

Pas ajak Pemuda UMNO sertai Bersih

Pemuda Pas mempelawa Pemuda UMNO berhimpun bersama untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Naib ketuanya, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, mereka merancang mengadakan perhimpunan sama seperti Gabu-ngan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), pada 9 Julai depan.

“Kami berharap ketuanya, Khairy Jamaluddin dapat menyertai Bersih 2.0 bagi menyampaikan hasrat sama walaupun dibantah pemimpin UMNO dan komponen,” katanya.

“Kami hairan mengapa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak membantah Pemuda UMNO yang ingin berhimpun dan kenapa Pemuda UMNO tidak bantah Perkasa berarak menghalang perhimpunan Bersih 2.0,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO dan Perkasa cuba bermain ‘wayang’ menjadikan perhimpunan Bersih sebagai pendekatan perkauman dan menggagalkan perhimpunan berkenaan.

“Pemuda Pas, yakin pendekatan berhimpun adalah pendekatan wajar kerana Pemuda UMNO dan Perkasa mengambil pendekatan sama.

“Ini membuktikan perhimpunan bagi menyatakan sesuatu bantahan atau tuntutan diperlukan dan termaktub dalam Perlembagaan Negara.

-SinarHarian

p/s:Berani ke Pemuda Umno!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan