Pengikut

Selasa, 28 Jun 2011

Najib: kerajaan tetap akan laksanakan cukai GST

Satu lagi Project Kerajaan Barisan Nasional untuk bebankan Rakyat...

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

“Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan,” kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif,” kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi. Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

“Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat,” kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau.

Selain itu, Najib berkata 1Malaysia bukan sahaja semata-mata satu slogan tetapi telah diterjemahkan menjadi produk terutama bagi membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik.

Najib berkata Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan satu contoh produk-produk yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan dalam keadaan yang lebih baik.

“Di mana dalam dunia ini anda boleh pergi ke sebuah klinik dan bayar RM1 sebelum anda boleh mendapatkan rawatan dengan ubat percuma tapi di Malaysia, kita mempunyai Klinik 1Malaysia.

“Saya juga telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barangan runcit di situ adalah sekitar 40 peratus lebih murah dan ada banyak lagi rancangan sedang diatur,” katanya ketika berucap pada majlis yang dihadiri oleh 500 orang.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan