Pengikut

Selasa, 28 Jun 2011

Dua Naib Presiden KEADILAN antara disiasat polis?

Beberapa hari menjelang Perhimpunan Bersih 2.0, Polis meneruskan tekanan dengan memanggil pimpinan KEADILAN untuk disoal siasat atas dakwaan menghasut dan menyokong perhimpunan itu.

Dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran hari ini di panggil memberi keterangan, selain Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan peguam hak asasi, Fadiah Nadwa Fikri.

Mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 27 (5) Akta Polis berhubung perhimpunan tersebut yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, 9 Julai.

Fadiah disoalsiasat di bawah akta hasutan kerana hadir menyokong pengerusi Bersih 2.0 S Ambiga ketika membuat laporan polis di balai polis Travers selepas mendapat SMS ancaman.

SMS ancaman bunuh itu turut dihantar kepada pimpinan NGO itu termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan wartawan.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan