Pengikut

Selasa, 28 Jun 2011

Jangan sampai rakyat benci sikap polis

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

“Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” soal beliau.

Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan.

“Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Sebelum ini juga ada dakwaan bahawa golongan yang berada atas pagar terutamanya orang Melayu yang kembali menyokong BN sejak setahun lalu dilaporkan kembali gusar dengan tindakan BN yang dikatakan masih belum belajar dari kesilapan lalu kerana mempermain-mainkan sentimen dan menghalang hak-hak asasi rakyat. Mereka merasakan polis seharusnya bijak menyelesaikan isu ini dengan mengawal dengan aman dan bersetuju dengan pewujudan buffer zone tersebut.

Himpunan Bersih 2007 yang dilakukan pada 10 November tahun itu telah dikatakan ‘berkesan’ apabila beberapa bulan selepas itu, tsunami politik melanda Semenanjung Malaysia yang menyebabkan BN tewas dalam menang. Ini adalah berikutan golongan atas pagar yang berasa kasihan kepada Bersih kerana diperlakukan dengan kejam oleh pihak polis dan kerajaan BN. Oleh itu, golongan ini mahukan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak jangan buat kesilapan lalu jika mahu terus berkuasa.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan