Pengikut

Jumaat, 24 Jun 2011

Di Sebalik PENDAKWAAN Terhadap Datuk T

Anda jangan silap, walaupun kita boleh bergembira kerana akhirnya trio Datuk T - bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Shuaib Lazim - akan dikenakan pertuduhan, tetapi orang sebenar yang akan dibicarakan ialah Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak akan dipanggil ke mahkamah untuk membela diri terhadap skandal ini video seks ini. Namun perbicaraan oleh 'media' terhadapnya akan berterusan.

Tuduhan paling besar yang mungkin akan dikenakan terhadap ketiga-tiga mereka ini ialah kerana memiliki dan mengedar bahan lucah.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka mungkin akan membela diri mereka "tidak bersalah" dan akan memakan masa berhari-hari di mahkamah. Malah jikapun mereka mengaku bersalah, kempen mereka untuk mencemarkan nama Anwar tidak akan terhenti demi untuk tuan mereka.

Tujuan sebenar

Di dalam mahkamah nanti kita akan dapat lihat apakah tujuan sebenar mengapa ketiga-tiga lelaki ini kekal dengan pendirian mereka (menayangkan video lucah secara terbuka).

Jika mereka memilih untuk mengaku tidak bersalah, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ketiga-tiga mereka memang bersalah kerana memiliki dan mengedarkan bahan lucah. Untuk membuktikan perkara ini, mereka perlu menjelaskan bagaimana, di mana dan kenapa mereka memiliki video seks ini.

Butiran yang buruk pasti akan ditonjolkan di dalam semua saluran media dan melalui akhbar-akhbar aliran perdana . Kita akan dihidangkan dengan pelbagai perkara yang buruk tentang Anwar Ibrahim, sedangkan identiti pelakon itu tidak dibincangkan sama sekali di dalam perbicaraan itu.

Lebih menyedihkan daripada semua itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipanggil ke mahkamah untuk membela diri.

Perbicaraan yang baru ini akan mewujudkan persepsi bahawa lelaki di dalam video itu ialah Anwar Ibrahim. Ini adalah permainan persepsi yang UMNO dan orang bawahan mereka mainkan sehingga kini. Kebenaran tidak penting, yang penting ialah apa yang anda dan saya percaya - walaupun hakikatnya ia tidak benar sama sekali.

Pembunuhan watak

Jika tuan boneka mereka memutuskan untuk berbuat demikian (mengaku tidak bersalah) ia akan memperlihatkan kredibiliti mereka terlalu tipis, mereka mungkin memilih untuk mengaku bersalah. Sudah tentu, mereka akan diberikan hukuman yang minimum - mungkin dikenakan denda sahaja.

Kemudian akan diadakan sidangan media, temu bual dengan akhbar, keluar di dalam majalah-majalah di mana media yang dikawal oleh kerajaan akan menonjolkan mereka sebagai wira, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah satu jenayah dan dosa kezaliman yang paling besar.

Secara logiknya, keseluruhan perkara ini sangat jelas. Trio Datuk T malah kemudiannya mengakui segala tindakan mereka memiliki dan mengedarkan video seks.

Malah mereka sendiri memanggil dan mengumpulkan wartawan untuk menonton video ini. Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thambi Chik sendiri menerangkan bagaimana mereka mendapat video seks, dan memberitahu bahawa tindakan menayangkan video itu adalah wajar dan untuk memberitahu kepada negara siapakah Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga lelaki kemudian menuntut kepada Anwar Ibrahim dan isterinya supaya berhenti daripada aktif di dalam politik. Anwar telahpun membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka..

Dengan pengakuan sahaja, ketiga-tiga pesalah ini akan diberi ruang untuk membela diri di dalam mahkamah, jika mereka mahu.

Ini merupakan satu kes yang jelas dicipta UMNO untuk pembunuhan watak dengan menggunakan badan kehakiman dan duit pembayar cukai semata-mata 'untuk menjatuhkan musuh besar mereka'. Ia agak memalukan apabila tiga lelaki ini dan UMNO menggunakan mahkamah untuk melemparkan lumpur ke muka Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar tidak mempunyai peluang untuk membela diri atau menjawab di dalam mahkamah kerana pertuduhan ini tidak memerlukan dirinya.

Malah, pertuduhan kerana memiliki dan mengedar ini tidak memerlukan untuk menentukan siapakah pelakon lelaki dan pelakon perempuan di dalam video itu.

Trio Datuk T akan melalui hari-hari mereka di dalam mahkamah tetapi ia tidak akan membawa kebenaran. Sebaliknya kes mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menyebarkan lagi pembohongan ini. Semuanya adalah untuk tujuan yang jelas, memalitkan pertuduhan elit UMNO terhadap Anwar Ibrahim dan menolaknya jauh daripada arena politik Malaysia.

-MC/pulakdah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan