Sayap KEADILAN itu menuntut supaya Ibrahim yang mengeluarkan ancaman kepada kaum Cina ditangkap dan didakwan di bawah Kanun Keseksaan.
Laporan polis itu dibuat Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip dengan diiringi Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa anggotanya.
Rozan berkata, pada majlis di padang Kelab Sultan Sulaiman 19 Jun lalu, NGO pro Umno itu telah mengarahkan kaum Cina ‘menyimpan stok makanan di rumah’ jika Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) meneruskan himpunan mereka.
“Saya percaya bahawa kata-kata ini berunsur hasutan jenayah yang menjurus kepada keganasan secara khusus ditujukan kepada orang berbangsa Cina yang ingin mengamalkan hak untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dijamin di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, bebas dari sebarang ancaman keganasan dari mana-mana pihak semasa menyertai perhimpunan BERSIH,” laporan polis Rozan dipetik.
Tegasnya, perbuatan Ibrahim Ali itu adalah satu kesalahan jenayah dan menuntut polis bertindak segera demi keharmonian kaum di Malaysia.
Sementara itu, Khairul pula berkata, perbuatan Ibrahim wajar disiasat mengikut seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan