Pengikut

Rabu, 22 Jun 2011

Adnan Yaakob: Bersih buat rombongan "Cik Kiah" ke KL

Adnan Yaakob Kata penganjur Bersih memperdaya rakyat dengan membuat rombongan percuma ke ibu negara pada 9 julai ini... sedangkan himpunan ini sudah di war-warkan lebih dari sebulan... Awat hangpa ingat rakyat bodoh ka? Adnan Yaakob ingat ni "Rombongan cik kiah ke sukan komanwel" kot..?

Bersih: Ada taktik lawatan percuma ke KL

Demi untuk mencapai sasaran jumlah yang besar nampaknya pembangkang mula menggunakan tipu daya bagi mengelirukan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih. Nampaknya sudah ada gerakan untuk mengelirukan rakyat khususnya masyarakat di luar Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan haram itu kononnya tawaran lawatan percuma ke ibu negara.

Justeru Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini turun padang bagi menerangkan kepada rakyat motif sebenar perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Jelas beliau semua wakil rakyat diminta menasihati penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak yang sanggup menanggung kos pengangkutan, penginapan dan makan minum atau tawaran program lawatan percuma ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan jalanan haram itu.

“Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat malah memberi pelbagai bentuk kerugian termasuk menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara serta menjejaskan aktiviti perniagaan”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pasdec Holdings Bhd di sini, Selasa.

Sambil menyifatkan penganjur perhimpunan itu sebagai ‘tolol’ beliau berkata agenda penganjur perhimpunan itu hanyalah mahu mendatangkan huru-hara, mencetuskan perbalahan antara kaum dan pertelingkahan sesama rakyat.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan