Pengikut

Ahad, 24 Julai 2011

Diplomat EU akan pantau PRU13?

Beberapa diplomat dari Kesatuan Eropah (EU) mempertimbang cadangan untuk menghantar kumpulan pemantau sempena pilihan raya umum ke-13 kerana tidak percaya dengan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia.

Pendirian itu dibuat susulan suatu taklimat oleh suruhanjaya baru-baru ini, iaitu beberapa minggu sebelum berlangsungnya perhimpunan aman Bersih, 9 Julai lepas.

Informasi yang didedahkan oleh Editor The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq, sekaligus memberi isyarat bahawa pilihan raya umum kian hampir, mungkin pada November tahun ini seperti yang diramalkan beberapa pihak.

“Mereka tidak berwibawa. (Pengerusi SPR, Tan Sri) Abdul Aziz (Mohd Yusof) asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU terbabit.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Perkembangan ini memberi gambaran bahawa wibawa SPR sebagai badan berkecuali bukan sahaja dipertikai oleh rakyat Malaysia, bahkan dunia. -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan