Pengikut

Jumaat, 5 Ogos 2011

"Red Oktober" amaran dari ANONYMOUS

Kumpulan Penggodam "Anonymous" yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, telah mengancam untuk melancarkan serangan terbaru pada 24 Okt ini.

Matlamat serangan ini yang didedahkan melalui klip video YouTube sepanjang 5.25 minit adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada 24 Okt, Anonymous akan melanggar semua server pihak pemerintah, kita akan meludahi kepada idea-idea hipokrit anda dan melanggar mana-mana laman web yang menyokong 1Malaysia," katanya dalam satu video.

"Selagi Perdana Menteri kekal, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video ini adalah amaran untuk anda. Selamat datang ke 'Red Oktober', " tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan