Parti Progresif Penduduk (PPP) meminta para pemimpin berhenti mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah laknat, sebaliknya memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.
Naib Presidennya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, Anwar yang sering menafikan beliau sebagai pelaku dalam video seks tersebut tahu apa yang dilakukan dan terpulanglah kepadanya sama ada mahu sumpah laknat atau sebaliknya.
“Kita ambil sikap tunggu dan lihat. Jangan mendesak jika seseorang itu enggan bersumpah kerana beliau akan menerima pembalasan jika melakukan tindakan terkutuk tersebut.
“Malah, penyebaran video seks juga tidak akan menyelesaikan masalah kerana penafian demi penafian diucapkan sehingga ianya mengelirukan rakyat,” katanya semalam.
Menurutnya, tindakan bertikam lidah mengenai isu ini dilihat sebagai membuang masa di mana pemimpin perlu fokus kepada masalah dan pembangunan rakyat.
-SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan