Pengikut

Ahad, 1 Mei 2011

Qazaf cara terbaik

Kita tunggu adakah menteri agama di jabatan perdana menteri dan JAWI akan mendakwa Eskay di bawah undang-undang Qazaf, setelah mereka beria-ia menyokong sumpah laknat?(baca di sini) Sedangkan para ulama menyatakan yang cara Eskay bersumpa salah dan harus di dakwa di bawah Qazaf-DP

IPOH – Isu penyelesaian siapa pelaku video seks dikaitkan dengan ketua pembangkang, hanya boleh diselesaikan mengikut syariat Islam, dengan memfailkan pertuduhan qazaf.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat bukan cara terbaik kerana semua orang boleh bersumpah (laknat) dan ramai boleh melakukannya kerana beranggapan tidak perlu takut dengan sumpah.

“Sepatutnya, selepas dia (merujuk kepada Shazryl Eskay) membuat tuduhan orang itu berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah.

“Menuduh orang berzina itu maknanya qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti, “ katanya.

Menurutnya, cara dilakukan Shazryl Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

“Qazaf ini, kalau dia (trio Datuk T) tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio Datuk T) kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu, tidak semudah ini menghukum orang berzina,” katanya.

Bagi Penasihat Agama Menteri Besar, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, sumpah laknat dilakukan bagi menggantikan tuduhan berzina tanpa empat saksi, namun jika saksi mencukupi ia tidak perlu. - Sinarharian


Sumpah Shazryl tidak kena

SHAH ALAM – Seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi tidak layak melakukan sumpah laknat.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahib berkata, hukum fekah menjelaskan sekiranya ingin menuduh seseorang melakukan perbuatan terkutuk, individu itu perlu membawa empat saksi tidak termasuk dirinya.

Menurutnya, sekiranya gagal membawa bukti dan saksi, individu terbabit tidak layak membuat tuduhan.

Beliau berkata, sekiranya tidak layak, individu itu wajib dikenakan hukum qazaf, hukuman kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa empat saksi di mana dalam Islam dikenakan 80 kali sebatan.

“Laknat Allah ini tidak boleh dipermainkan, kalau tidak berlaku (perbuatan) jangan menuduh, nanti sumpah memakan diri. Apa disiarkan di televisyen semalam (merujuk kes Datuk Shazryl Eskay bersumpah laknat), langsung tidak kena kerana itu bukan disyariatkan Islam.

“Segala apa dilakukan (sumpah laknat), bukan selesai begitu sahaja dan bukan bermakna kita sudah cuci tangan, tetapi kita dipertanggungjawabkan mulai saat kita melakukan perbuatan itu sehingga kita bertemu Allah,” katanya.

Abdul Wahid berkata, sumpah laknat atau sumpah mubahalah ini berat malah ianya perlu dihadiri kedua-dua pihak (yang menuduh dan dituduh). -Sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan