Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2011

Subsidi gula akan mansuh?

Subsidi gula mungkin akan dimansuh itulah kata Menteri Perda­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri...

Mengapa hendak di mansuhkan subsidi ini kepada rakyat?
kenapa tidak di mansuhkan saja peruntukan elaun para menteri dan subsidi kroni, mengapa rakyat yang harus menanggung bebanan ini?

Memanglah pengambilan gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan tapi adakah dengan cara menaikkan harga gula dapat selesaikan masalah kesihatan rakyat? Malah dengan penarikan subsidi jugak akan menaikkan harga makanan dan minuman... Sepatutnya kerajaan harus perihatin dengan rakyat -DP


KUALA LUMPUR-Subsidi gula mungkin dimansuhkan tahun depan susulan penamatan tempoh kontrak jangka panjang dengan pengeluar gula global.

Menteri Perda­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) Yaakob berkata, kontrak yang dimeterai kerajaan dengan pengeluar gula kini menetapkan 70 peratus bekalan gula negara pada harga RM2.50 sekilogram, manakala baki 30 peratus lagi mengikut harga pasaran global.

Menurutnya, kontrak itu tamat Disember depan dan kerajaan akan teliti keperluan sama ada disambung atau tidak.

“Tahun lalu kerajaan membelanjakan RM10.3 bilion untuk subsidi dan angka itu akan meningkat menjadi RM17 bilion tahun ini jika kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini,”katanya.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan pada mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lalu namun, kerajaan masih mengkaji tindakan paling wajar dilakukan mengikut kadar harga pasaran minyak dunia.

“Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan