Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2011

Video seks sahih tulen: Khalid

Aku cukup Hairan dengan Polis Malaysia, Sedangkan individu yang menayangkan video ini masih bebas tanpa di dakwa! Tapi bila saja ia dilakukan oleh pemimpin atau penyokong pembankang dengan pantas mereka jalankan siasatan dan terus dakwa-DP

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang adalah tulen dan sahih setelah mendapat khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS).

Khalid berkata, laporan dari pakar luar itu perlu untuk mengukuhkan proses pendakwaan di mahkamah.

“Menerusi laporan yang kita terima, ia jelas menunjukkan video itu adalah tulen dan sahih.

“Laporan itu akan dapat mengukuhkan kenyataan pakar kita untuk memberi keterangan di mahkamah nanti,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh kumpulan dikenali sebagai Datuk T di Carcosa Seri Negara.

Mereka adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, hasil ujian biometrik (imbasan diri berkomputer) dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan pemimpin pembangkang terbabit berdasarkan perincian saiz tubuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata, tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video terbabit.

Mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks terbabit, Khalid berkata, polis sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat pihak yang terbabit. - SinarHarian


Anda baca pulak kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di bawah:

Tak masuk syurga tuduh Anwar, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia petang semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

Tegas beliau, selagi seseorang itu tidak membuat kenyataan balas atau bertaubat atau sebagainya, tidak akan diampun dosa.

“Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” kata beliau lagi.

Laporan media bulan lalu memetik Nik Aziz menegaskan beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio “Datuk T”.

-The Malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan